Interflour Malaysia
Resipi
Resipi > Sarawak Flour Mill > Roti > Roti Bawang Putih Keju Ala Korea
Roti Bawang Putih Keju Ala Korea
Roti :
TEPUNG GOLDEN HORSE – 500 g
Air Sejuk – 270 g
Yis Segera – 6 g
Garam – 7.5 g
Gula Kastor – 75 g
Susu Tepung – 15 g
Telur – 1
Mentega – 50 g
Inti Keju:
Krim Keju – 400 g
Whipping Cream – 160 g
Gula Kastor – 50 g
Sos Bawang Putih:
Bawang Putih Dicincang – 70 g
Whipping Cream – 150 g
Mayonis – 100 g
Gula Kastor – 90 g
Garam – 2 g
Parsley Kering – 5 g
* Keju Parmesan secukupnya untuk taburan
Penyediaan Bun :
- Panaskan ketuhar pada suhu 190˚C.
- Campurkan bahan kering ke dalam mixer dan pukul selama 1 minit menggunakan kelajuan rendah.
- Masukkan telur dan air, pukul selama 1 minit menggunakan kelajuan rendah.
- Tukar kepada kelajuan tinggi, pukul selama 2 minit sehingga menjadi doh yang kasar, masukkan mentega dan teruskan pukul sehingga doh menjadi licin. Kira-kira 6-7 minit (Bergantung pada pengadun anda).
- Keluarkan doh dari pengadun, bahagikan doh, 50g – 60g setiap satu. Bulatkan doh, tutup dan biarkan dalam peti sejuk selama 20 minit.
- Keluarkan doh dari peti sejuk, leperkan doh untuk keluarkan angin, canaikan doh bentuk bulat.
- Biarkan ia kembang kira-kira 1 jam atau sehingga dua kali ganda.
- Bakar selama 12 - 15 minit atau sehingga keemasan (Bergantung pada ketuhar anda).